Blog Followers

Pages

Monday, June 2, 2014

part 2: seorang perempuan.

woahhhh! da brpe bulan aku xupdate blog ni. btol2 tggal brsarang blog ni. ok, ak continue;

almost 1 year ak knal bliau. trlalu bnyk words ak prlukan utk dscribe pmpuan ni. tp y plig pnting, ak happy kalo kluar ngn die. hang out ngn die. mkn2 ngn die. kalo mkn kerang, she always ask me bukakkn kerang utk die. ngada2 btol. tp xkisah. ak xnk kku die rosak. kalo tgok cter hntu (oculus), kaw2 die cakar lengan aku. da mcm kucing da. calar2 lengan ak. hahahahaa.. tp xpe, aslkn die hayati cter tu ngn tenang. =) hope she is always happy brsama ak kdg2 ak annoying ngn die. ak bebel ke ape tp for sure, utk kbaikan die.

she is a good girl. im pretty sure. #bambam

*to be continued

Thursday, December 12, 2013

part 1: seorang perempuan.

seorang perempuan, aku jmpe die hnya kt wechat. soo cantik!
seorang perempuan, stelah brkali2 cbe say hii tp msh lg xapprove aku kt wchat.
seorang perempuan, ak msh lg say hii.
seorang perempuan, akhirnya dia approve ak as a friend.
seorang perempuan, aku msj sprti biase, sperti org len jgk.
seorang perempuan, bnda prtama ak msh igt, die malas nk pgi amik "bf" die kt atas.
seorang perempuan, ak mulai bengong dan hairan.
seorang perempuan, rupa2nya "bf" tu pncil case die, trtinggal pncil case di bilik.
seorang perempuan, srnok plak msj ngn die.
seorang perempuan, one day, die mngatakn mugkin sudah xaktif wchat lg.
seorang perempuan, ak start gelabah sedangkan no hp die blom ak mntak.
seorang perempuan, ak mntak dan ngn slumber die kasi.
seorang perempuan, snyum pnjg aku. ha3!
seorang perempuan, mulai aktif kt whtsapp plak.
seorang perempuan, lbih kurang sbulan knal.
seorang perempuan, ak ajak die kluar.
seorang perempuan, die said "ok".
seorang perempuan, skali lg ak snyum pnjang.
seorang perempuan, 5 ogos 2013.
seorang perempuan, itu 1st dated ak ngn die.
seorang perempuan, otw ke kg baru, ok gune waze die supaya xsesat pdhal ak tau je jln ke sana.
seorang perempuan, sesat! asyik msuk tol. xgune punye pmpuan! ha3.
seorang perempuan, gelak mmanjang krana asyik sesat. puiii.
seorang perempuan, akhirnya smpai kg baru, ak orderkan kerang bakar utk die.
seorang perempuan, ah mngada plak xleh nk bukak kerang sdri.
seorang perempuan, sbnrnya ak xkisah bukakn krang utk die.
seorang perempuan, ak bukak die makan.
seorang perempuan, smpai abis la gilerr...
seorang perempuan, pulang ngn kelisa klabu mmbe aku.
seorang perempuan, she is ok, at least ak xsnyap spanjang kuar lepak ngn die.
seorang perempuan, hope dpt kuar ngn die lagi.

*to be continued...

Wednesday, July 24, 2013

colek, ohhhh colek!


aku mngidam colek sbnanrnya ni. kt klntn, colek sgt2 popular. dinikmati slepas terawih brsama kwn2. sng cter smbil hang out, smbil mkn colek. ape itu COLEK? ni ak sertakn sdikit artikel ttg colek. dipetik dr keratan kosmo.



Kelantan amat terkenal dengan makanan yang mempunyai nama agak pelik seperti 'tahi itik', 'ulat bulu' dan 'che mek', namun itulah makanan tradisi rakyat negeri ini yang tiada bandingan.


Selain makanan tradisional itu, ada sesuatu yang lebih istimewa dan ditunggu rakyat Kelantan pada setiap Ramadan iaitu 'colek', sejenis juadah yang lazimnya dimakan selepas umat Islam menunaikan solat tarawih.   

Colek ialah masakan ayam, peparu, perut lembu, udang, sotong, cucur dan sosej yang dicelup tepung sebelum digoreng dan dimakan dengan kuah pencicah terdiri daripada kuah pedas dan manis.   

Selain itu, colek juga merangkumi pelbagai aneka buah-buahan yang dipotong halus yang dipanggil penduduk Kelantan sebagai colek buah tetapi dikenali sebagai rojak buah di negeri lain.   
Harga colek bergantung kepada kandungan dan saiznya malah ada kalanya mencecah ratusan ringgit namun dek kerana keenakannya, ramai yang sanggup membayar.

Peniaga di Jalan Kampung Sireh, Noraini Abdul Hamid, 39, berkata gerai coleknya menjadi tumpuan sepanjang Ramadan sejak hampir 10 tahun lalu.

   


"Selepas tarawih kira-kira 10 malam, mereka yang baru pulang masjid dan surau akan berkunjung ke gerai untuk menikmati colek sambil santai bersama rakan-rakan," katanya yang menjual pelbagai jenis colek seawal 6 petang setiap hari.
Beliau berkata perniagaan colek itu boleh memberi keuntungan tetapi harga bahan mentah seperti ayam, sotong dan udang tidak menentu.   

Bagi secucuk pelbagai sosej, beliau menjualnya antara RM1 hingga RM5 berdasarkan saiz.   


Noraini yang dibantu suami, Nurmanto Ariffin, 42, berkata apa pun jenis hidangan yang dijadikan colek itu, beliau akan memastikan ia dihidang secara segar.

Sambutan hangat untuk makanan itu juga dapat dilihat di sebuah gerai menjual colek di Cherang yang padat dengan pelanggan yang terpaksa beratur panjang setiap malam.      

Kehadiran begitu ramai pengunjung juga menyebabkan kawasan jalan utama sekitarnya begitu sesak sehingga pemilik gerai itu mengupah pengawal lalu lintas untuk melicinkan perjalanan kenderaan di kawasan gerai itu.   

Siti Norlida Mohd Akhir, 42, berkata beliau akan datang sekali sekala ke gerai berkenaan untuk membeli colek yang didakwanya antara paling sedap.   
"Saya suka colek di sini kerana sedap berbanding di tempat lain. Kuahnya istimewa...tak kisahlah kena beratur untuk membeli atau mendapatkan tempat duduk di gerai ini," katanya.   
Colek turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan Kelantan untuk mereka yang berkunjung ke negeri ini pada bulan Ramadan menikmatinya.  
Seorang pelancong dari Perak, Rosmawati Zawawi, 25, berkata beliau mendapat maklumat mengenai makanan itu melalui agensi pelancongan di negerinya supaya mencuba colek selain bertarawih di tempat terbuka di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.  
"Memang meriah sungguh puasa di Kelantan dan saya gembira dapat menikmati colek yang sememangnya tidak ada di tempat saya di Kuala Kangsar,"  katanya yang hadir bersama rakan-rakan untuk bercuti di sini.