Blog Followers

Pages

Sunday, July 31, 2011

the next red warriors; kelantan glad to spend money for next challenge season...



Calon Tip Top Bakal Bersama The Red Warriors 2012?

Setelah berjaya mengharungi Liga Super musim ini dengan merangkul kejuaraan buat kali pertama, Kelantan kini sudah mengatur langkah awal apabila dikhabarkan bakal berbelanja besar untuk mendapatkan barisan terkuat bagi mengharungi musim 2012 yang mencabar. Selain bakal ditentang hebat oleh pasukan terkuat lain dalam kancah Liga Super, Kelantan juga bakal mengharungi saingan Piala AFC bermula Mac musim hadapan.

Berikut adalah calon-calonnya :

Abdul Hadi Yahya
Striker
Terengganu FA
Dikatakan Hadi masih berteka-teki untuk terus bersama Sang Peteh musim hadapan setelah beliau mendapat tawaran daripada Selangor dan Kelantan.Hadi yang dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak musim ini pastinya ingin beraksi dengan kelab yang lebih kompetitif agar peluangnya untuk bersama skuad Kebangsaan terus bersinar.Untuk mendapatkan khidmat pemain ini, mungkin Kelantan harus membida dalam sekitar RM 1****..Namun Hadi dikatakan lebih cenderung untuk menyertai Selangor FA musim hadapan memandangkan di situ lah tempat kelahiran beliau.


Baddrol Bakhtiar
Striker/Winger
Kedah FA
Setelah gagal selama dua tahun untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Kedah ini, Kelantan dilihat mempunyai peluang keemasan setelah Baddrol dikhabarkan sedia menyarung jersi The Red Warriors musim hadapan..Dengan kepantasan larian dan teknik sepakan set-piece yang mengagumkan, baddrol antara pemain muda yang mungkin bakal membarisi jentera serangan Kelantan musim hadapan..Dikhabarkan juga kontrak Baddrol bersama Kedah kini hanya berbaki setahun dan jika Kelantan benar-benar serius ingin mendapatkan pemain ini, tindakan susulan harus dilakukan..


Azlan Ismail
Striker
Kedah FA
Azlan Ismail kerap kali mencetuskan kontroversi baik di Kelantan mahupun di mana-mana sahaja pasukan yang diwakilinya..Azlan sememangnya mempamerkan aksi cemerlang sepanjang bersama Sang Kenari musim ini namun sayangnya beliau disisih akibat kecederaan..Mempunyai naluri terbaik sebagai seorang striker dan mempunyai sepakan deras, Azlan mungkin bakal kembali menabur bakti kepada negeri kelahirannya..

Amirul Hadi Zainal
Striker/Winger
Selangor FA
Amirul antara winger terbaik Malaysia selain daripada S.Chanturu dan Nurul Azwan Roya.Kelincahan dan kerajinan berlari mendapatkan bola pastinya mampu menarik mana-mana jurulatih untuk mendapatkan khidmatnya.kontrak Amirul dijangka tamat musim ini dan jika terdapat mana-mana tawaran, pasti tidak akan dilepaskan oleh Amirul.Sebelum ini, terdapat rumour yang mengatakan Amirul kini sudah sedia keluar dari zon selesanya di Selangor dan beliau sedia menerima cabaran baru bersama pasukan yang sedia menaruh khidmatnya.


Safiq Rahim
Attacking Midfielder
Selangor FA
Safiq hampir pasti bersama Kelantan musim depan seandainya beliau tidak ke Liga Super Indonesia.Kapten Skuad Kebangsaan itu sememangnya sudah meluahkan betapa beliau kagum dengan pasukan dan penyokong Kelantan dan beliau tidak menolak kemungkinan bahawa suatu hari nantibeliau akan beraksi bersama Kelantan.Kontrak Safiq Rahim dijangka tamat akhir musim hadapan namun, sebarang tawaran mungkin mampu dipertimbangkan oleh beliau..

NorFarhan Muhammad
Striker/Winger
T-Team
Farhan pernah beraksi bersama Kelantan musim lalu dengan membantu The Red Warriors menjulang Piala Malaysia buat kali pertamanya.Namun, perpindahan beliau secara mengejut sememangnya tidak boleh diterima oleh segelintir penyokong Kelantan yang bertindak memulau pemain berkenaan..Prestasi beliau bersama T-Team cukup memberangsangkan namun menurut Farhan, beliau tidak mendapat kepuasan bermain seperti yang dirasai semasa bersama Kelantan..Jika peluang dan ruang diberikan kepadanya, tidak mustahil Farhan akan kembali dan menjanjikan persembahan yang cemerlang seperti mana yang dilakukan beliau sepanjang dua musim bersama Kelantan.



Mahali Jasuli
Defender
Harimau Muda A
Mahali antara pemain pertahanan yang cukup muda dan berbakat yang dimiliki Skuad muda negara.Namun kadang-kala Mahali dilihat agak kurang matang beraksi meskipun beliau mendapat pendedahan dalam perlawanan antarabangsa yang kerap.Jika Mahali bersama Kelantan musim depan, beliau mungkin mampu mengasah bakatnya dengan lebih efektif dengan adanya pemain senior seperti S.Subramaniam dan Daudsu Jamaludin.Pemain ini sememangnya mudah untuk digandingkan dengan pemain pertahanan lain sepertimana yang dilakukan oleh Datuk K.Rajagopal sebelum ini.

Azmi Muslim
Defender/Midfielder
Kedah FA
Azmi Muslim agak cemerlang beraksi pada awal musim namun agak hambar pada akhir-akhir musim berikutan kecederaan yang kerap dialaminya.Pengalaman beraksi bersama UPB-My Team dan Skuad kebangsaan memberikan pemain ini advantage dalam mengharungi perlawanan besar.Azmi berkeupayaan bermain di posisi pertahanan dan tengah dalam satu masa..Dikhabarkan pemain ini sedia dilepaskan musim hadapan..






K.Gurusamy
Attacking Midfielder/Winger
Harimau Muda A
Gurusamy antara pemain Harimau Muda yang cukup berdisiplin dan berwibawa.
Selain Kelantan, Selangor dan Kedah juga bakal berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat pemain ini.Keupayaan beraksi sehingga 90 minit perlawanan dan bercirikan 'Playmaker', Gurusamy dilihat antara calon yang sesuai untuk digandingkan bersama Piya dan Shakir musim hadapan..


Khairul Akhyar Husain
Striker
PKNS FC
Seorang lagi pemain muda kelahiran Kelantan namun beraksi dengan juara Liga Premier 2011, PKNS Fc. Pemain ini dinobatkan penjaring kedua terbanyak dalam saingan tersebut dan mempunyai masa depan cerah selaku pemain bola sepak berbisa. Mendapat tumpuan dari ramai pihak ekoran prestasi hebat melakukan jaringan gol selain menerima pujian menggunung dari beberapa jurulatih tempatan apabila membantu PKNS mencatat kejuaraan liga.

Pemain muda berusia 22 tahun ini dikhabarkan mempunyai sentuhan penyudah mantap, pandai mencari ruang serta bertindak mengikut naluri mencari jaringan gol. Dia turut memiliki kemahiran individu yang baik dan mampu menggegar jaring lawan jika diberi banyak ruang melakukan percubaan. Salah seorang pemain yang sesuai untuk menajamkan jentera serangan Kelantan.



KAFA boleh merekrut pemain ini untuk dibawa masuk kedalam pasukan Kelantan pada tahun 2012 namun mungkin berdepan kesukaran kerana Khairul Akhyar masih lagi menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi awan di Lembah Kelang.

Razlan Otto
Striker
Sabah FA
Penyerang berusia 27 tahun, mewakili Sabah dalam saingan Liga Super 2011. Razlan menjadi pemain popular di kalangan penyokong Sabah kerana memiliki sentuhan penyudah berkesan.

Dia menjaringkan enam gol buat Sabah dalam saingan Liga Malaysia tetapi bermula di bangku simpanan ketika menentang Kelantan dalam perlawanan terakhir tempoh hari. Razlan membuktikan sentuhan tajam dengan satu sepakan menarik untuk membantu Sabah merapatkan jurang namun sudah terlambat untuk mengejar Sang Kijang.

Razlan menjaringkan kesemua gol dalam lima perlawanan terakhir dan menjadi pemain utama Sabah dalam saingan Liga Super. Walaupun mempunyai penyudah hebat pada akhir saingan Liga Super, Razlan Oto gagal menembusi gawang pihak lawan pada permulaan saingan Liga.

Tetapi penghargaan dari penyokong Sabah kepada kepada pemain ini kerana mengembalikan sentuhan gol serta kerajinan dan komitmennya dalam membantu mereka terus kekal bersaing dalam saingan Liga Utama Malaysia.

Aidil Zafuan
Defend center
N9 FA
Aidil Kecewa Negeri Sembilan Dipalit Dengan Rasuah, Kelantankah Halatuju Seterusnya?Akhbar kosmo hari ini memperkatakan betapa Aidil kecewa dengan apa yang sedang melanda pasukannya, Negeri Sembilan. Dakwaan dan rumour yang mengatakan Negeri Sembilan dicemari dengan rasuah bukan sahaja menjejaskan status pasukan itu malah turut memalukan dirinya sebagai salah seorang daripada pemain itu.Beliau turut melahirkan rasa bersedia meninggalkan Skuad Jang sekiranya khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi oleh Negeri Sembilan.

Adakah benar Aidil sudah kecewa dengan insiden yang telah menimpa dirinya dan sudah bersedia untuk menerima tawaran menyertai Kelantan pada musim depan? Bersediakah Aidil menyedut udara segar di Kelantan sambil disambut hebat oleh penyokong setia The Red Warriors?Hayatilah artikel daripada kosmo tersebut..









P/s: Sebenarnya masih ade tiga orang lagi calon pemain yang bakal menyarung jersi Kelantan musim 2012 tp akan mnyusul..

No comments:

Post a Comment